MSC - MULTI-MEDIA SUPER CORRIDOR
MSC - MULTI-MEDIA SUPER CORRIDOR
Koridor Raya Multi Media (MSC).
Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah satu kawasan uji kaji bagi menangani perubahan-perubahan yang berlaku dari zaman industri ke zaman IT. Uji kaji terhadap pembangunan dan pengembangan IT yang melibatkan setiap aspek aktiviti masyarakat akan dijalankan di bawah rancangan MSC.
Lokasi MSC ditempatkan di satu kawasan yang bersempadankan Pusat Bandar Kuala lumpur (KLCC), Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), yang meliputi keluasan 15km x 50km. Pusat Bandar Kuala Lumpur menyediakan sistem telekomunikasi moden yang lengkap di Menara Kuala Lumpur. Sementara KLIA merupakan salah satu pintu masuk ke MSC. Putra Jaya pula ialah sebuah bandar pentadbiran pintar di mana kerajaan Elektronik di perkenalkan dan merupakan Pusat Bandar yang berteraskan IT.
Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah kawasan khusus yang di bangunkan berasaskan industri teknologi maklumat (IT) dan telekomunikasi. Ia adalah projek yang dirancang kerajaan kerana menyedari kepentingan mempunyai industri IT dan telekomunikasi tempatan yang mantap dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa, selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Malaysia telah diiktiraf sebagai pengeluar terbesar semikonduktor dan kompenen elektronik dunia. Suatu hari nanti negara akan mampu menghasilkan pelbagai perisian komputer berasaskan multimedia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dengan kewujudan MSC.
MSC adalah inspirasi Perdana Menteri iaitu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi persediaan negara dan rakyat Malaysia memasuki alaf baru era teknologi maklumat. Beliau telah memperkenalkan MSC sewaktu merasmikan pusat pentadbiran baru kerajaan di Putra Jaya, pada 20 Ogos 1995.
MSC merangkumi kawasan seluas kira-kira 750 kilometer persegi meliputi Kuala Lumpur City Center (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ( KLIA), Pusat Pentadbiran baru kerajaan dan bandaraya IT di Putra Jaya serta Bandaraya Multimedia, Cyber Jaya dengan cadangan pelaburan sebanyak RM 5.5 billion.
Fasa pertama pembangunan prasarana MSC akan menghubungkan KLIA, Cyber Jaya, Putra Jaya dan ke bandaraya Kuala Lumpur yang dijangka tahun 1998. Fasa kedua pula membabitkan penyambungan terus dari KLIA ke bandaraya Kuala Lumpur dan di jangka siap mengjelang tahun 2005.
Telekom Malaysia Berhad dilantik sebagai pembekal tunggal prasarana telekomunikasi bagi MSC dengan kontrak RM 5 bilion untuk memasangkan rangkaian gentian optik mengikut projek itu.
Terdapat beberapa rangcangan di MSC, antaranya ialah:
* MSC akan dilengkapkan dengan suatu rangkaian telekomunikasi bersepadu yang pantas untuk menampung aktiviti-aktiviti perhubungan perkhidmatan maklumat dan perkhidmatan multimedia .
* MSC akan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif untuk menarik agensi termuka untuk memajukan Teknologi Maklumat, Telekomunikasi dan Multimedia.
* Syarikat antarabangsa digalakkan mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan dan menghasilkan industri teknologi maklumat dan industri multimedia
* Kewujudan MSC sebagai pemangkin multimedia dan Putra Jaya sebagai mercu pentadbiran akan membolehkan kewujudan jaringan teknologi maklumat dibangunkan dikawasan pusat pertumbuhan seperti Pulau Pinang, Kulim dan Kawasan Perindustrian Johor.
Di bawah konsep MSC yang diterajui sendiri oleh YAB Perdana Menteri, negara akan menjadi pusat pembangunan teknologi maklumat (IT) serantau malahan seluruh dunia. Ia bakal menjadi pemangkin ekonomi dan pembangunan negara pada masa depan .
1.2. APLIKASI KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)
Bagi memastikan MSC berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan rakyat negara ini serta berupaya menarik pelabur asing, kerajaan telah menetapkan tujuh aplikasi perdana yang akan di bangunkan sebagai projek utama sepanjang tempoh pembangunan MSC.
Empat aplikasi, dikategorikan sebagai 'Pembangunan Multimedia' iaitu, Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna dan Perubatan. Tiga lagi Projek aplikasi perdana MSC pula dikategorikan sebagai 'Persekitaran Multimedia'.
Secara ringkasnya ketujuh-tujuh aplikasi seperti berikut;
1.2.1 Kerajaan Elektronik
Dalam MSC terletaknya Putrajaya iaitu pusat pentadbiran baru kerajaan. Ia menggunakan teknologi multimedia untuk menjadikan pentadbiran tanpa kertas. Dengan penggunaan teknologi multimedia adalah diharap komunikasi dan interaksi antara jabatan akan dilakukan melalui saluran eletronik daan multimedia. Kesemua maklumat seperti sijil kelahiran, pendaftaran perkahwinan, lesen memandu dan maklumat peribadi akan boleh didapati terus melalui saluran-saluran ini. Malah penggunaan teknologi seperti pejabat multimedia bergerak, sidang video, arkib digital, perkongsian pengkalan data dan kemudahan tandatangan digital. Malah projek kerajaan eletronik ini merangkumi hingga 100,000 kakitangan kerajaan. Ini meliputi penggunaan dan latihan multimedia bagi memudahkan mereka memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukannya.
1.2.2 Teleperubatan
Penjagaan kesihatan rakyat adalah penting kerana ia akan memastikan tenaga kerja tempatan dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Dengan MSC teknologi maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem kesihatan Malaysia. Eleman utama teleperubatan ialah adalah pembelajaran jarak jauh, diagnoksis dan rawatan, rekod maya pesakit dan rangkaian perubatan elektronik. Kejayaan teleperubatan ini adalah bergantung kepada Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang diwujudkan oleh universiti atau syarikat untuk mengeluarkan aplikasi yang berkaitan. Seterusnya ia akan meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan teleperubatan. Ia dijadualkan siap pada tahun 1998 dan hospital pertama akan terletak di Selayang, Selangor. Hospital ini akan dilengkapkan dengan teknologi maklumat yang canggih dimana kepakaran seluruh dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan bagi membantu mana-mana pesakit yang memerlukan rawatan dalam perkhidmatan hospital.
1.2.3 Sekolah Pintar
Berpegang kepada konsep IT bermula di sekolah, maka kerajaan mahu kegiatan dan penggunaan IT aktif di sekolah dan dianggarkan dalam masa dua tahun akan datang semua sekolah akan mempunyai akses kepada internet yakni rangkaian global sedunia. Ini juga adalah untuk memastikan tenaga kerja mahir tempatan yang diperlukan oleh MSC dapat dipenuhi dan mencapai sasarannya. Model sebuah sekolah pintar telah dibina di Cheras dimana Sekolah Menengah Bukit Bintang akan berpindah ke sana. Bermula dari sini lebih banyak sekolah pintar akan dibina dalam MSC dan seterusnya akan disebarkan ke seluruh negara. Malah syarikat-syarikat yang berada dalam MSC boleh membentuk konsep sekolah pintar dengan membina perisian aplikasi, kurikulum, bahan kursus, infrastruktur dan melatih guru atau kakitangan.
1.2.4 Kad Bijak.
MSC akan menjadi pusat ujian untuk penggunaan kad bijak pertama di dunia dan kad ini akan dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia. Kad Bijak ini akan bertindak sebagai kad pengenalan kebangsaan, dompet elektronik, kad kredit dan urusniaga berelektronik dengan kerajaan. Kad ini bakal dilahirkan dan digunakan menjelang tahun 2020 kelak. Selain daripada itu diharapkan juga kad bijak ini menjadi satu kad yang boleh digunakan di seluruh pelusuk dunia masa kini.
1.2.5 Kluster R&D atau Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan.
Malaysia merancang untuk menjadi peneraju dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk teknologi multimedia. Ini dilakukan dengan membina pusat (R&D) kerjasama diantara universiti dan syarikat-syarikat besar. Permulaannya, sebuah Universiti Multimedia yang terletak di dalam pusat MSC akan dibina. Ini bertujuan untuk menjadi pemangkin kepada komuniti penyelidikan yang dinamik dan mampu menghasilkan satu suasana yang unik. Pusat kluster ini juga akan menjadi pusat latihan khas untuk menghasilkan para kakitangan terlatih untuk MSC. Dengan adanya penubuhan kelompok institusi kajian serta institusi pendidikan di MSC ini, ia dapat meningkatkan kemahiran sumber manusia tempatan serta menjalankan kajian tentang teknologi maklumat yang canggih.
1.2.6 Rangkaian pengilang sedunia.
Syarikat-syarikat di MSC boleh menggunakan MSC sebagai pemangkin untuk mengawal, mengawasi dan menjalankan bantuan operasi kepada pelbagai rangkaian lain. Rangkaian-rangkaian tersebut adalah reka bentuk, pengilang dan pusat pengedaran. Dengan kos yang rendah di MSC, sistem maklumat berteknologi tinggi dan rangkaian logistik serta sambungan pelbagai operasi di seluruh dunia 24 jam sehari. Pada masa depan, rangkaian telekomunikasi akan membolehkan syarikat-syarikat MSC mengadakan operasi kawalan dalam talian secara langsung. Dengan itu MSC sebagai pusat lokasi utama kepada penghasilan produk, pengilangan, pemasaran dan pengedaran barangan dari seluruh dunia kepada seluruh dunia. Malah dengan cara itu juga, sesuatu barangan itu juga boleh dihasilkan ditempat yang lain.
1.2.7 Pusat pemasaran tanpa sempadan.
Undang-undang, polisi dan infrastruktur MSC akan disatukan dengan keupayaan pelbagai bahasa dan bangsa rakyat Malaysia. Malah ia juga akan digabungkan dengan syarikat-syarikat MSC untuk memberikan perkhidmatan kepada pasaran Asia Pasifik yang sedang rancak membangun. MSC juga akan bertindak sebagai platform yang sesuai untuk semua syarikat mengadakan operasi pelanggan seperti telepemasaran, bantuan teknikal, pemprosesan data dan mengadakan bahan pemasaran. Dengan ini juga MSC akan menjadi pusat pengawalan aliran perdagangan berteknologi tinggi dan pusat penyelidikan utama dalam dunia berteknologi tinggi. Berdasarkan hakikat ini juga, keunikan budaya rakyatnya, Malaysia dapat membekalkan perkhidmatan telemarketing kepada populasi sebanyak 2.5 billion orang penduduk di rantau Asia.
1.3 AGENDA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kerajaan dalam proses untuk memaju dam mengembangkan lagi penggunaan IT di negara ini. Ke arah ini Majlis Teknologi Maklumat Negara (MTMN) telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan matlamat untuk mempertingkatkan penggunaan dan pembangunan IT sebagai teknologi strategik dalam pembangunan negara. Salah satu usaha MTMN adalah penggubalan Agenda teknologi Maklumat Negara atau National IT Agenda (NITA) bertujuan menggariskan rangkaikerja kebangsaan dalam pembangunan IT.
Fokus NITA ialah pembangunan seimbang antara tiga kompenan yang kritikal dan saling kait mengait. Ketiga-tiga kompenen ini ialah pembangunan insan, pembangunan infrastruktur dan pembangunan aplikasi. Kompenen-kompenen ini adalah berkait rapat antara satu sama lain oleh tiga objektif strategik iaitu akses sama rata dan ekuiti; transfomasi secara kualitatif dan penambahan nilai-nilai ekonomik, sosial dan budaya.
NITA bertujuan membina satu budaya pembelajaran mengenai penggunaan IT secara berterusan untuk meningkatkan kualiti kerja individu, tahap prestasi organisasi dan kualiti kehidupan ke arah pembentukan Masyarakat Madani.
Rajah 1.3 : Rangkakerja Teknologi Maklumat Negara
Insan
Masyarakat
Infostruktur Madani Aplikasi
Sumber : Agenda Teknologi Maklumat Negara
MSC merupakan suatu projek kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit dan meliputi negeri-negeri tertentu sahaja. YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menyebut " Demi masa depan kita, kita tidak boleh menjadi permerhati sahaja terhadap revolusi maklumat ini, kita perlu menyertainya bahkan menerajuinya. Inilah sebabnya kita meluangkan banyak masa dan usaha untuk mengembangkan industri tempatan yang bertaraf dunia. Inilah juga sebabnya projek MSC akan di teruskan seperti yang di rangcang walaupun negara di landa krisis mata wang baru-baru ini ". Berdasarkan ucapan ini yang menegaskan bahawa projek MSC tetap dijalankan walaupun kegawatan ekonomi .. Persoalannya adakah wajar projek MSC ini di teruskan dalam keadaan ekonomi sekarang?.
Menurut Dr. Mahathir Mohamad, 1996, dalam cara yang sama seperti Revolusi Industri yang telah mengubah aspek sosioekonomi masa lampau, Revolusi maklumat akan membawa perubahan yang radikal dalam kehidupan kita. Pengalaman daripada perkembangan perindustrian telah mengajar kita bahawa dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita juga akan didatangi dengan pelbagai penyakit masyarakat seperti keruntuhan moral di kalangan remaja, peningkatan penagihan dadah, rogol dan sebagainya. Malah negara kita dalam tahap industrialisasi ini telah pun merasai penularan penyakit sosial ini. Banyak kajian menunjukkan bahawa salah satu punca kepada masalah ini ialah kerana sesetengah anggota masyarakat gagal menghadapi tuntutan masyarakat yang begitu tinggi, cepat dan drastik. Memandangkan pengalaman ini, dalam konteks MSC, adalah sangat penting bagi kita memegang kepada konsep pembangunan yang seimbang. Dalam peringkat awal ini, timbul keperluan untuk meninjau apakah anggota masyarakat faham dan mengikuti perkembangan MSC ini, supaya mereka sudah bersedia dan mempunyai keupayaan mental untuk menghadapi perubahan radikal yang dibawa oleh MSC.
Dalam sebarang projek pembangunan semestinya melibatkan tiga pihak iaitu Perancang, Pelaksana dan Penerima ( Rakyat ). Pihak Perancang dan Perlaksana boleh dikatakan sebagai dua perkara daripada satu benda yang sama. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa pihak Penerima sesuatu projek berperanan penting dalam menentukan kejayaan projek berkenaan. Mahathir Mohamad ( 1996 ), semasa perasmian Infortech Malaysia 1996 mengatakan bahawa pembentukan sebuah masyarakat madani merupakan visi asas kepada Agenda Teknologi Maklumat. Menurut beliau, masyarakat madani yang dibentuk pada masa depan harus merupakan sebuah masyarakat bukan sahaja diperintah oleh orang cerdik tetapi rakyat harus menyertai secara aktif dalam menentukan untung nasib mereka sendiri. Menurut Awang Had Salleh ( 1990 ), kurang komunikasi dan jurang penerima dalam perancangan sesuatu projek akan menyebabkan pihak Penerima gagal untuk melihat,
a) apakah sebenarnya sesuatu projek dan objektifnya.
b) Apakah tujuan projek demi kepentingan mereka
c) Bagaimana projek dapat dicapai matlamatnya
Walaupun MDC telah diberikan tanggungjawab sebagai badan khusus yang mengawal, mengkoordinasi dan melaksanakan MSC, bagi tujuan penyebaran maklumat kepada rakyat melalui seminar, pameran, rancangan di media massa dan sebagainya. Namun persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah saluran ini membantu kearah pengetahuan dan pembentukan sikap yang positif tentang MSC di kalangan masyarakat.
Memandangkan liputan-liputan meluas yang dilakukan bagi tujuan penyebaran maklumat berkenaan MSC dan kebanyakannya ada menyebut akan kebaikan MSC dan tidak kurang juga ada menyebut akan kelemahan MSC. Penyebaran maklumat melalui media-media massa ini boleh dikatakan mampu mempengaruhi seseorang yang sekaligus membentuk sikap masing-masing berkenaan MSC.
Lau Wee Boon (1998) , dalam kajiannya, Sikap masyarakat Malaysia terhadap MSC, pengguna Internet, menunjukkan bahawa keseluruhan subjek kajian menunjukkan sikap yang positif terhadap projek MSC. Tidak ada perbezaan sikap yang signifikan di kalangan pengguna internet di Malaysia terhadap MSC mengikut jantina, taraf pendidikan, umur, kawasan tempat bekerja dan industri yang diceburi
Cheah Nam See (1998), dalam kajiannya, Sikap,pengetahuan dan sumber maklumat (Multimedia Super Corridor ) di kalangan pelajar IPT, UKM. Keputusan kajian mendapati secara bandingannya pelajar IPT bersikap positif terhadap MSC yang secara langsungnya menunjukkan tentang keyakinan mereka ke arah pembentukkan sebuah masyarakat sains dan teknologi. Walaubagaimanapun dengan krisis ekonomi, boleh melemahkan semangat dan meyebabkan perubahan sikap tersebut. Namun secara relatifnya pelajar IPT mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap MSC, ia menunjukkan tentang kurang budaya membaca khususnya mengenai perkembangan semasa.
Wong dalam kajiannya terhadap sikap dan tingkahlaku penggunaan pakaian yang berjenama, menunjukkan secara keseluruhannya memperlihatkan perbezaan dan persamaan dari segi etnik dalam pemilihan pakaian berjenama. Keputusan kajian menunjukkan kaum Cina lebih bersikap positif terhadap pakaian berjenama berbanding kaum Melayu dan India.
Kin Bee Chee (1995), meninjau sikap penduduk Sepang terhadap pembangunan yang melibatkan 150 orang responden. Kajian mengaitkan sikap terhadap pembangunan dengan pembolehubah bebas iaitu etnik, umur, taraf pendidikan, pendapatan dan pemilikan tanah. Hasil kajian menunjukkan orang melayu mempunyai sikap yang lebih positif daripada orang Cina dalam sikap terhadap pembangunan. Hasil kajian juga menunjukkan semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin positif sikapnya terhadap pembangunan di Sepang.
Schaw, Chris, Glynis, Lee dan Spencer (1987), telah melakukan satu kajian untuk meninjau sikap pelajar universiti terhadap teknologi baru dan hubungannya dengan universiti di Britain. Keputusan kajian menunjukkan pemilihan orentasi akademik semasa di sekolah mempunyai hubungan dengan sikap teknologi baru. Golongan yang memilih jurusan sains di sekolah menujukkan sikap yang positif terhadap teknologi baru.
Agervold (1985), telah melaksanakan kajian untuk meninjau sikap terhadap teknologi baru dan hubungannya dengan tekanan kerja. Kajian dilakukan melibatkan 917 orang pekerja pejabat di bandar Danish. Hasil kajian memperlihatkan bahawa sebahagian besar pekerja bersikap positif terhadap teknologi baru, minat terhadap kerja dan pengetahuan mengenai kerja bertambah sebanyak 24% hingga 44%.
Menurut Tengku Mohd Azman Shariffaden (1996), pada masa kini MSC adalah inisiatif kebangsaan yang paling signifikan dalam perkembangan Teknologi Maklumat dan aplikasinya. Ia melibatkan teknologi yang canggih, infrastruktur yang maju, peluang pekerjaan dan perubahan paradigme dalam perkembangan sosial budaya.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam usaha melaksanakan pembangunan dan perkembangan IT yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pelbagai aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Zaman IT akan mendorong kita mengubah cara hidup dan cara bekerja. Lebih awal kita menyesuaikan diri kita, dan lebih cepat kita mempelajari ilmu berkaitan dengan IT, maka lebih mudahlah kita menjadikan masa depan negara lebih cemerlang. Dalam zaman ini maklumat adalah kekayaan baru dunia dan maklumat ini dapat dicapai dengan terlaksananya MSC.
Built by Text2Html