logo 50 tahun MAIPk
LOGO SAMBUTAN PERAYAAN JUBLI EMAS
( 50 TAHUN) MAIPk

PENGENALAN

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ( Bahagian Hartanah, Bahagian Zakat dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

  • Institusi Islam Ulung di negeri Perak Darul Ridzuan
  • Menegakkan Syariat Islam berasaskan kepada Al-Quran dan As-sunnah.
  • Menggerakkan Syiar Islam Yang tersusun melalui:-
    - Jabatan Mufti Negeri Perak
    - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
    - Jabatan Agama Islam Perak( Bahagian )

    1- Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pembangunan
    2- Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga
    3- Bahagian Pendidikan
    4- Bahagian Dakwah
    5- Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah
    6- Bahagian Penyelidikan.

  • Berdaya saing dengan institusi lain menuju abad baru yang lebih gemilang.

    TEMA BENTUK
    "MEMIMPIN KECEMERLANGAN UMMAH"



    Bentuk Segi Lapan

    Dilukis berdasrkan ilmu yang tersebar luas tanpa batasan, mencerminkan perjalanan Maipk yang berperanan menambah dan membina kekuatan Aqidah, Ekonomi, dan Syariah Ummah yang sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan semasa dan sepan jang zaman.

    Bentuk Kubah

    Melambangkan Syiar Islam berdiri dengan megahnya, berkembang luas untuk malahirkan insan-insan yang bertaqwa dan bernilai murni serta memiliki jatidiri dalam menempuh alaf baru dalam abad ke 21.

    Tulisan Jawi

    Merupakan Warisan Seni Khat Islam yang lebih mementingkan dengan memperlihatkan kehalusan seni budaya Islam yang masih kekal dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Perak dalam asas pembinaan Ilmu serta pembentukan keperibadian akhlak yang tinggi.

    Tulisan Warna Hitam

    Menunjukkan kesetiaan, kekuatan dan kepatuhan dalam melaksanakan segala arahan serta kewajiban agama dan sentiasa didalam keadaan terkawal dengan displin yang tinggi bagi membawa kecemerlangan dan kejayaan.

    WARNA

    Warna Kuning melambangkan MAIPk dipimpin dan diterajui oleh Institusi Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negeri ini yang sentiasa memberi rangsangan kepada Majlis Agama Islam Perak untuk menggerakkan pembangunan Umat Islam berasaskan kecemerlangan.

    Warna Biru melambangkan kebijaksanaan, kegemilangan dan keunggulan untuk terus beristiqamah dalam melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah melalui keunggulan Syariat Islam sebagaimana yang telah ditetapkan.

    _______________________________________________________________

    Petekan dari buku cenderamata
    sambutan Maal Hijrah pada 17 April 1999