MERDEKAKAH KITA SEBENARNYA?
KESIBUKAN waktu menyebabkan saya begitu jarang menulis kebelakangan ini. Mujur juga kesibukan itu tidak menghalang saya dari terus mengendalikan laman ini. Minda Rakyat bukan laman yang begitu popular. Ia juga bukan tajaan parti pembangkang. Laman sewaktu dengan MR anihnya begitu digeruni. Mengapa?
Kebebasan menyuarakan pandangan
Laman web tajaan kerajaan yang mempelopori ICT di negara ini jauh dari populariti, sebagaimana laman bersuara ala pembangkang dan sewaktu dengannya. Ini kerana laman yang jumud pendapatnya tidak melahirkan pemikiran yang matang dan kreatif. Apakah selama 46 tahun merdeka, kita masih ditakuk lama dan mesti menganggukkan kepala kepada pemerintah, sedangkan nyata kesalahan dan kelemahan yang ada?
46 tahun usia manusia yang sepatutnya mencapai tahap kematangan yang tinggi, berlainan dengan Kerajaan BN yang menguasai tampuk kerajaan di negara ini. Apa buktinya tuduhan saya ini?
ISA yang tidak bersifat matang
Beberapa hari lalu, media melaporkan seorang pemimpin parti pembangkang melanggar seorang polis yang sedang bertugas? Mengapakah laporan ini dibesar-besarkan? Bagaimana pula keadaannya ramai daripada polis itu mati dilanggar oleh pelumba haram atau siri kecederaan pegawai punguatkuasa bandaran yang diserang tonto? Apa jadi dengan tonto itu?
Saya rasa akhirnya kisah ini, pemimpin itu akan diISAkan.
Gengterisme dan BN
Insiden pukul memukul menjadi jadi kebelakangan ini. Dari sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi. Dari rumah, pejabat gedung dan pusat pentadbiran juga tidak terkecuali. Penglibatan ahli politik dalam gengsterisme ini tidak dapat diselindungkan lagi. Apa jadi dengan pemimpin MCA Pulau Pinang yang dikatakan menyerah diri kepada pihak berkuasa beberapa minggu lalu?
Apakah tindakan polis ke atas Datuk Peter Chin ahli MCA Perak yang menaja kumpulan kongsi gelap dan kegiatan pinjaman ceti haram di negara ini? Apa pula sikap pihak berkuasa dan SPR terhadap Datuk Peter Chin yang memindahkan beribu-ribu pengundi China ke kawasan BN di Kelantan dan Terengganu?
Menepuk air di dulang
Beberapa bulan lalu kerajaan mengembar gemburkan isu pengganas dan keganasan yang lahir dari sekolah agama rakyat. Tuduhan itu amat keterlaluan. Masih terngiang di telinga saya bagaimana Najib mengatakan sekolah agama rakyat adalah tempat melahirkan pengganas. Tuduhan Najib amat berat.
Maka sindrom SARS menular di kalangan pemimpin BN. Syndrome Anti Religious School (SARS) begitu menebal sehingga memaksa Kerajaan menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara. Meskipun Maha Firauan pemimpin utama BN itu menafikan mahu menutup sekolah agama, menghentikan bekalan petrol bererti semua kereta tidak akan bergerak lagi.
Selepas beberapa bulan dari sindrom SARS menular dan bantuan per kepala ke atas sekolah agama rakyat dihentikan, PKPM satu pertubuhan haram ala Al-Maunah lakonan sandiwara pemerintah pun terbongkar. 80 peratus daripada pemimpinnya dikatakan adalah ahli UMNO. Adakah mereka lulusan sekolah agama rakyat?
Dua atau tiga hari lepas, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) memecat beberapa orang pelajar kerana kegiatan ganas dan gengsterism. Sebelum itu media juga melaoprakan perkara yang sama di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Beberapa hari sebelum itu di Johor 21 orang budak sekolah teknik memukul seorang pelajar. Murid-murid ini jika keluar akan menjadi pengganas dan memungkinkan mereka menubuhkan kumpulan sendiri untuk meneruskan perjuangan kumpulan mereka di bangku sekolah.
Inikah bukti sekolah agama rakyat melahirkan pengganas? Saya cabar Najib supaya kemukakan satu kumpulan dari sekolah agama rakyat persendirian yang merlahirkan kumpulan gangsterisme sebagaiman High Council?
Merdeka atau menderhaka
Persoalannya adakah dalam pemikiran kita sekarang sedang terbelanggu oleh hasutan pihak kerajaan mengatakan semua yang bukan lahir dari polisi mereka adalah buruk belaka. Atau adakah pemikiran kita sedang menimbangkan sejauh manakah kebenaran yang didakwa oleh pihak kerajaan sehingga membetulkan seratus peratus apa yang sedang dilaksanakan sehinggakan kita tidak berpelung mengkritik mereka?
Beberapa hari lalu laman Selangor kini ( http://www.Selangorkini.com/ ) melaporkan akan mendedahkan identiti beberapa orang penulis siber. Termasuk juga dalam dakwaan itu akan mendedahkan identiti beberapa orang webmaster. Minda Rakyat atau saya Polong Cyber termasuk dalam siri senarai pendedahan itu.
Laman Minda Rakyat tidak bermaksud menghasut rakyat Malaysia melakukan keganasan. Laman seumpama kami hanya membicarakan hal ehwal politik semata. Kami mengkritik polisi yang tidak relevan dilakukan oleh pihak pemerintah. Kami menghidup suburkjan demokrasi yang menjadi amalan di negara ini.
Sepatutnya Pak Lah Badawi atau pemimpin yuang lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kami webmaster kerana mengizinkan satu laman yang mengkritik secara rasional atas apa sahaja kepincangan yang dilakukan oleh mereka. Dengan kritikan dan teguran ini kita akan melihat Malaysia berjalan dengan betul di landasannya. Anihnya kami dimusuhi, mengapa? Adakah kami mengajak rakyat mengangkat senjata menumbangkan kerajaan?
Rakyat yang taat, setia dan sayangkan negara
Kami para webmaster berpendirian tetap percaya bahawa kerajaan BN yang ada hari ini akan hanya dapat diubah hanya melalui proses pilihan raya. Kami juga tidak gemar kegenasan. Tidak ada seruan daripada antara kami supaya menukarkan perjuangan ini secara bersenjata atau militan. Justeru itu kami memilih bidang penulisan menyedarkan rakyat bahawa perjuangan kita belum berakhir. Kamilah sebenarnya yang sayangkan negara ini dari membiarkan digadai secara halus oleh pemimpin hari ini, sehingga setiap peluang yang ada hanya diserahkankan kpada kaum pendatang sehinggakan Melayu ibarat ayam yang mati di kepok atau itik kehausan di kolam. Adakah salah perjuangan kami? Tidakkah ini bukti kami sayangkan Malaysia?
Bagaimanapun mata pena itu nyata lebih tajam dari mata pedang. Justeru itu saya mewakili semua para webmaster yang ingin didedahkan oleh webmaster laman Selangorkini, menegaskan pendirian bahawa kami masih percaya proses demokrasi di negara ini, walaupun ianya telah dicemari keluhurannya SPR.
46 tahun kita merdeka, laman Selangorkini membukti bahawa pemikiran para pemimpin kerajaan masih belum merdeka. Mereka tidak sedia dikritik. Malahan selalu menganggap diri mereka sahaja yang betul. Jika ada di kalangan rakyat negara ini yang bijak maka mereka semuanya akan dicantas. Tidak malukah kita mahu mengulangi peristiwa budak yang dibunuh dalam kisah todak melanggar Singapura. Sehingga ke tahap itukah keboidohan para pemimpin yang mentadbir negara ini? Jika demikianlah sifatnya, terang lagi bersuloh maka mereka tidak layak lagi meneruskan pentadbiran negara.
Atau dengan kata mudah, janganlah mengundi mereka lagi dalam siri pilihan raya umum negara November ini!!
Takbir!!
Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
131 Ogos 2003