PU2003/4 SIRI 2: Siapa lebih bijak berpolitik?
Akhbar hari ini melaporkan PAS melempar fitnah melalui SMS kepada ahli-ahlinya bahawa MB Kedah Syed Razak dilaporkan sedang ditekan hebat untuk melepaskan jawatannya. Wah, bukan main lagi politik UMno kerana awal-awal sudah dapat mencipta 'point' bagi meredakan keresahan mereka dalam pilihanraya umum negara (PU) yang dijangkakan akhir tahun ini atau awal tahun depan, akibat desakan sokongan ke atas BA.
Maka ramailah yang memberikan bermacam-macam komen. Di kedai kopi, warung, cafe, restoran mahupun di pejabat, bermacam hal dan isu yang dibangkitkan sehubungan dengan SMS yang sedang beredar di mana-mana sahaja.
Komen paling paling bijaksana dibuat oleh kepimpinan UMno melalui Nakhaie Ahmad dalam Berita Hairan Online yang mengambil kesempatan bijaksana dengan hasrat mengaibkan PAS melalui fitnah dalam SMS itu. Walaupun Nakhaie tidak menyentuk secara terus, tapi kita faham maksud beliau.
Apa pun, sama ada benar atau tidak apa yang diperkatakan oleh SMS tentang kedudukan Syed Razak yang dipaksa untuk memberikan laluan kepada putera Daddy yang kini menjawat jawatan Bendahari UMno Kedah itu, rasionalnya tetap ada.
Mungkin bukanlah jawatan Syed Razak yang akan dirampas oleh beliau bagi mengekalkan kesinambungan ayahandanya Maharaja Kutty yang sedang bersemayam di Mahligai Airmata Rakyat di Putrajaya itu.
Namun, bagaimanakah jika dikatakan pada kedudukan sekarang, pilihanraya tidak mungkin berlaku selagi jaminan pengundi di Kubang PAS(u) akan dimenangi oleh putera ini, waris kepada Maharaja yang sedang bermaharajagila di Putrajaya itu.
Satu kedudukan sudah pasti dari tiket 'Bendahari' yang layak baginya adalah memegang jawatan yang sewaktu dengannya. Jika demikian ukurannya, maka seandainya jaminan pengundi memihak kepada Be End (BN), sudah pasti pilihan raya umum negara akan segera diistiharkan dan ahli parlimen Kubang PAS(u) yang baru itu akan terus dilantik sebagai Menteri Kewangan.
Hanya dengan jaminan ini, harta negara akan terus mengalir ke tangan para kronis, puak-puak yang tamak serta dahagakan wang ringgit rakyat, melahap dengan rakus apa yang terhajat oleh mereka. Pak Lah dan kerabat akan menganga sahaja, tapi yang masuk ke mulut hanyalah lalat jelata.
Rakyat pula tertanya-tanya akan hak mereka. Siapakah yang lebih bijak berpolitik agaknya??
Polong Cyber
Webmaster MR
12 Jun 2003