Bicara Webmaster
Ezam, Lokman bangunlah dari mimpi ngerimu yang panjang!!!
Melihatkan kemelut yang getir apa yang berlaku kepada bekas 12 orang pejuang parti KeAdilan dan apa yang terjadi dalam pertempuran antara Lokman Adam dan Ezam Mohd Noor, hati saya berasa cemas. Apa tidaknya sumpah keramat pemuda yang dilaung-laungkan di seluruh negara sedikit masa lalu menjadi lebur begitu sahaja!!
Malahan percakaran antara Ketua Pemuda dengan Setiausaha Pemuda parti itu disifatkan oleh pemerhati politik sebagai menang sorak kampong tergadai. Sebuah laman secara tidak langsung yang membantu cetusan percakaran itu pula tidak bertanggungjawab dan mencari populariti murahan!
Demikianlah secebis dari lakaran sebuah perjuangan yang dilukis oleh beberapa pemimpin dari sebuah parti yang lahir dari ilham Bapa Gerakan Reformasi Negara iaitu yang dikasihi DSAI. Maka jika sayalah ditempat DSAI ketika ini, mengalirlah airmata kesedihan yang tidak dapat dibendung lagi kerana percakaran antara para pejuangan itu sudah pasti menggambarkan betapa kita tidak menyedari telah terperangkap ke dalam mulihat politik uMno yang keparat itu!!!
UMno berharap akan mendapat keuntungan dari percakaran sesama pejuang parti KeAdilan. Hasrat itu kita dapat baca dan menyedari akan detik pilihan raya semakin dekat dan dijangkakan Parlimen bakal dibubarkan meinggu depan atau waktu paling hampir ini. SPR pula sudah memberikan lampu hijau kepada BN yang pastinya Pak Lah sedang menunggu pula sentuhan remote control selaku badut politik, dari seseorang yang berada di belakangnya supaya beliau sedia membuat lakonan melaksanakan pembubaran itu.
Inilah dia kemelut politik negara yang kini semakin telus dengan kemajuan yang diperkenalkan melalui pengenalan ICT dan Lembah Silikon yang membantu kesuburan percambahan cetusan teknologi itu. Maka manusia semakin berani untuk mebuat pendedahan, sehinggakan SMS boleh dijadikan alat dan bukti menegakkan kebenaran!!
Manusia lupa akhirnya jika tidak bertunjangkan atau bernawaitukan Lillahi'Taala, maka akan robohlah apa jua perjuangan yang taghut lagi menyesatkan....
Amat malang bagi kita disaat hampir menggapai kemenangan, kita masih lagi bercakaran dan tuding menuding sesama sendiri.
Kepada para pejuang yang mahu menegakkan keadilan, saya menyeru masrilah kita bersatu untuk menghadapi pancaroba yang semakin sulit ini. Janganlah mudah kita terpedaya dan terjatuh dalam perangkap UMno dan Bn yang pastinya seperti buaya lapar yang mahu menelan perpaduan di kalangan kita sehingga menjadikan kita goyah seketika.
Masih belum terlambat untuk semua pihak berlapang dada dan melihat kekusutan yang berlaku sebagai tanggungjawab yang harus dipikul bersama. Di tangan kitalah para pejuangan, rakyat bergantung harapan untuk sebuah masa depan yang harmoni dan membangun dalam kecemerlangan. Jika kita masih belum menyedari akan perangkap ini, amat malanglah nasib kita semuanya.
Ezam, Lokman bangunlah dari mimpi ngerimu yang panjang!!!
Allahhuakbar! Allahhuakbar!!! Allahhuakbar!!!
Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
21 Februari 2004