Bicara Webmaster

Bicara Webmaster

MUNGKINKAH ANWAR AKAN DIBEBASKAN??

Pelbagai andaian dibuat menjelang perbicaraan DSAI , 8 Disember depan. Dan yang menjadikannya lebih menarik ialah di mana perbicaraan itu akan dijalankan buat pertama kalinya di Mahkamah Putrajaya, Putrajaya.

Menyentuh soal keadilan yang akan diterima oleh tokoh reformasi negara itu, saya sukalah membawakan pandangan anda kepada beberapa faktor penting; mengapakah DSAI disingkir dengan cara mengaibkannya setelah satu konspirasi besar-besaran, yakni yang melibatkan ketua-ketua Bahagian UMno dan kepimpinan tertinggi parti itu.

Seandainya anda mengikuti perkembangan politik lewat dua puloh tahun kebelakangan ini kita lihat bagaimana rentetan riwayat politik UMNo dengan DSAI diundang ke dalam parti itu yang membawa kejutan besar ketika itu kepada negara. Walau pun saya masih di alam persekolahan lagi di waktu itu, namun saya tidak dapat lari dari memberikan ulasan secara 'berpolitik kecil-kecilan' di alam pra universiti.

Dari menara kepimpinan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) nama DSAI sudah cukup popular dalam barisan tokoh kepimpinan negara, walaupun beliau belum pun menjawat apa-apa jawatan politik pun ketika itu. Ini adalah kerana karisma beliau dan cara kepimpinan yang dinamis dalam ABIM turut mempengaruhi rakyat khusus dari masyarakat pelajar.

Justeru itu apabila DSAI memasuki UMNo dan kemudiannya memegang jawatan Menteri Pendidikan, maka pengaruh DSAI sudah cukup meluas. Hasil dari pendidikan yang diterimanya itu; melahirkan peribadi yang mantap. Sudah pasti tidak mengejutkan kita apabila DSAI menolak mentah-mentah pelaburan wang syarikat Petronas dalam pembabitan dana politik UMNo. Apatah lagi penyelewengan secara ketara berlaku, apabila wang tersebut digunakan bagi membeli syarikat perkapalan yang sedang menjunam bangkrap di Jepun bagi melangsaikan hutang peribadi anak Perdana Menteri ketika itu.

Penyelewengan dalam UMno cukup luas dan ketara sekali sehingga tidak dapat dibendung lagi. Kehilangan wang berjkumlah jutaan ringgit dari pelbagai dana rakyat;  adalah sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum 3 Perdana Menteri sebelum itu. Namun bagi Perdana Menteri ke empat, ianya tidak mustahil dan apa pun boleh berlaku.

Pertemuan Maha Firaun dengan DSAI menjelang hari perletakan jawatannya 31 Oktober lalu di Genting Highland dilihat sebagai titik mula pembebasan DSAI. Demikian ulasan beberapa penganalisis politik negara. Walau pun demikian ramai yang sependapat sebaliknya dan yakin bahawa Pak Lah akan meneruskan cara kepimpinan Maha Firaun itu dengan tidak membebaskan DSAI. ramai menyangka DSAI akan berbahaya kepada politik Pak Lak Badawi.

Apakah benar ini atau dengan wataknya yang agak lembut maka harapan DSAI akan dibebaskan menjadi satu kenyataan??

Pada hemat saya biar siapapun PM Malaysia dari kepimpinan UMno/BN, maka harapan DSAI untuk dibebaskan adalah tipis sekali. Ini adalah kerana DSAI bukan musuh Pak Lah atau Mahathir sahaja. Malahan tidak keterlaluan dikatakan bahawa DSAI adalah musuh nombor satu UMNo kerana seandainya DSAI akan dibebaskan maka pelbagai jenayah penipuan dan penyelewengan dalam 22 tahun kepimpinan Maha Firaun itu akan segera terbongkar.

Lihatlah sahaja baru-baru ini berapakah jumlah yang dibayar oleh Gamuda-MMC kepada dana politik UMNo akibat penyerahan projek landasan kereta api berkembar dari Rawang ke utara. Jelas tawaran yang dibuat oleh Ircon (Indian Railway Construction) jauh lebih rendah. tapi hakikatnya Gamuda-MMC yang dikuasai oleh pengaruh Dr. Siti Hasmah isteri Maha Firaun itu, tidak mampu ditandingi kerana tuntutan dana politik adalah lebih penting tatkala menjelang sesebuah pilihan raya umum negara. Dengan termeterinya ikatan perjanjian kontrak landasan berkembar itu UMno menerima RM1 bilion, mengulangi penyelewengan yang berterusan dalam pembahagian kontrak pusat kepada kroni UMno/BN, sebagaimana pernah ditentang oleh DSAI semasa pembahagian kontrak membina lebuhraya Utara - Selatan kepada bahagian UMNo.

Jelas kepada rakyat, sudah tidak ada lagi pintu untuk berkompromi dengan pemerintahan yang mengekalkan polisi dan dasar yang merugikan negara dengan menggunakan kuasa politik menglangsai dana dan wang negara untuk kesinambungan politik. Hakikatnya UMNo/BN perlu dikuburkan, bukan  Pak Lah atau sesiapa yang bakal menjadi Perdan Menteri Malaysia dari keturunan UMNo/BN.

PM kelima baru-baru ini mewar-warkan akan membentaras rasuah. Apakah mugnkin Pak Lah akan menagkap Tun Dr Mahathir, kepala penyanyak nombor satu negara itu??

Pilihan raya umum yang ke depan ini adalah satu kesempatan yang unggul bagi kita rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa kita benci kepada penyelwengan, rasuah, korupsi dan pelbagai keburukan yang berlaku dalam era kepimpinan UMno. Justeru itulah UMno/BN menolak hudud dari dilaksanakan kerana jika dijalankan hukuman itu sudah pasti barisan kepimpinan UMNo diketuai oleh Mahathir Firaun itu  antaranya akan dikudungkan kedua belah tangannya!!

Takbir!!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat