Bicara Webmaster siri 8

Bicara Webmaster siri 8

Kegagalan Pak Lah Semakin Nyata!!

Alhamdulilah.. kembali kita dapat bertemu di alam siber penuh misteri dan sensasi ini. Alam ini telah penuh diyakini oleh kita di Barisan Alternatif sebagai satu cabang media paling berpengaruh dan dapat diterima. Ini adalah kerana sekatan-sekatan media yang sepenuhnya dikawal oleh Kerajaan BN yang haprak itu!!

Mahathir sudah pergi meninggalkan kita. Tidak ketahuan beritanya setakat ini. Biar kemana dan apa yang dibuatnya, mungkin itu bukanlah yang hendak saya persoalkan. Apa yang lebih penting ialah apakah kesannya kepada kita rakyat Malaysia akibat 22 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4. Apakah segala dasar yang dibina seperi Dasar pandang Ke Timur, Penswastaan, Pengkorporatan  atau Persyarikatan Malaysia, Kepimpinan Melalui Teladan, Bersih Cekap dan Amanah dan Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran serta berbagai dasar itu sudah membawa ertinya yang terbaik buat kita.

Mungkin tidak bijak saya membuat analisis itu kerana ini mungkin mengketengahkan skop pemikiran saya yang tak seberap luas ini. Justeru itu mari kita perbincangkan atau perbahaskan di alam ini secara terbuka dan berlapang dada serta mengakui akan kebaikan dan keburukan dasar-dasar tersebut untuk kita. Sebagai rakyat biasa kita ada hak untuk mengetahui ke mana haluan atau arah negara kita dibawa oleh mereka yang bergelar pemimpin.

Hanya segelintir yang hendak saya komen, iaitu sebagaimana telah dilukis oleh Zunar dan Harakah yang lalu iaitu 'mengapakah tabung wang negara kita sekering-keringnya.... sehinggakan hendak membayar gaji anggota perkhidmatan awam sudah menjadi satu masalah besar negara kita ini!!!'

Saya hendak lihat bagaimanakah kebijaksanaan Pak Lah sebagai PM kita yang ke 5 mengatur strategi untuk membaiki keadaan eknomi yang sudah merudum begitu teruk. Tidak seperti gambaran yang dibuat oleh Khalil Yaakub bahawa pembangkang sudah ketiadaan isu atau sokongan ketika ini. Malahan lebih tepat jika dikatakan rakyat sudah bersama pembangkang mengatur satu strategi baru, bagaimanakah mahu meletakkan lagi kepercayaan kepada BN daripada mendapat mandat seterusnya dari arena pemerintahan di negara ini. Apa yang tinggal buat kita masa kini  adalah hanya hampas-sehampas hampasnya kerana nyata kepada kita bahawa kekayaan negara kita sudah dibawa pergi oleh Makathir bersama kroninya!!!

Sehingga bicara ini saya lakarkan Pak Lah masih belum melantik Timbalannya. Ini sudah membayangkan kepada kita akan ketamakkan kuasa seorang lagi pemimpin BN yang 'kununnya' mampu merawat kemuflisan tabung negara ketika ini.

Sebelum kepercayaan menjadi lebih luntur dan terhakis sama sekali terhadap pemerintahan BN, kepada Pak Lah suka saya menasihatkan beliau, buatlah sesuatu bagi menyelamatkan keadaan ini. Bagi anggota perkhidmatan Kerajaan yang gagal menerima bonus mereka bulan ini sudah berazam tidak akan percayai lagi apa sahaja saranan PM kita kerana sudah nyata kepada mereka perbuatan durjana menghabiskan wang negara dan menambak hutang di sana sini sehingga negara menjadi muflis akibat keborosan Mahathir dan parti BN!!

Pak Lah tiada pilihan sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Mengisytiharkan satu pilihan raya umum negara adalah satu langkah terbaik sebelum rakyat keseluruhan tahu lebih banyak keburukan yang ditinggalkan oleh Mahathir selama 22 tahun menjadi PM. Bukan sekadar satu nasihat kosong, kerana rakyat kebanyakan sudah mampu membuat andaian sekiranya Pak Lah seorang yang tergas berani dan mampu buat keputusannya sendiri, mengapakah hendak melantik seorang TPM pun beliau tidak mampu!!

Apakah yang Pak Lah mampu selain mengimamkan embahyang terawih kerana begitu anih isteri sendiri masih tidak mampu ditudungkan!

Takbir!!

Polong Cyber
Webmaster Mindarakyat
17 November 2003