Menilai Sejauh Mana Pemikiran Dr. Mahathir
Saya amat tertarik kepada kenyataan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Zakaria Stapa yang disifatkan berkata, Dr. Mahathir disifatkan seorang pemikir Islam yang berani dan lantang menyuarakan idea dan pemikiran beliau di persada dunia. Kenyataan ini dibuat secara terbuka ketika beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Pendidikan Dalam Perspektif Pemikiran Dr. Mahathir di Dewan MPKS Alor Setar beberapa hari lalu.
Dalam menanti hari bersejarah 31 Oktober 2003, tatkala Perdana Menteri itu mendakwa akan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, kita masih dibuai seribu persoalan. Apakah ini cara dan gelagat seorang yang dikatakan mahu melepaskan jawatan.
Seorang rakan saya (bukanlah berjawatan setaraf PM, hanya seorang ketua eksekutif sebuah jabatan) sudah pun melengkapkan kotak-kotak pakaian dan kelengkapan rumah, apabila hampir beberapa bulan lagi akan meninggalkan jawatannya kerana bersara. Dalam tempoh itu beliau sudah meminta penolongnya mewakilkan mengetuai acara-acara mesyuarat yang sering dipengerusikannya, walau pun masih berbangga dengan khidmat dan sumbangannya selama menjadi eksekutif di jabatan berkenaan. Ini gelagat orang yang nak bersara.
Saya juga diberitahu oleh bahagian UMno tertentu, menyatakan bahawa beratus ribu pakaian bergambar Mahathir sedang siap dicetak untuk diagih-agihkan kepada Pemuda dan Wanita UMno (termasuklah si Puterinya) untuk satu agenda tersembunyi. Bahagian UMno itu memberitahu bahawa ini adalah arahan PM (sudah pastilah PM sekarang, yang masih belum meletakkan jawatannya lagi) bahawa satu demontrasi besar-besaran akan diadakan menjelang perletakan jawatan Dr. Mahathir 31 Oktober depan.
Tujuan demontrasi ialah bukan mendesak Dr. Mahathir melepaskan jawatannya, sebaliknya mendesak seorang Pemikir Islam kritis untuk terus menerajui negara beberapa tahun lagi. Saya rasa Ibrahim Ali ada peranan penting dalam agenda ini.
Semua orang tahu (yang belum tahu hendaklah tahu) bahawa Pak Lah dalam keadaan serba salah mencari Timbalannya seandainya 31 Oktober nanti, benarlah Perdana Menteri keempat itu meletakkan jawatannya. Ini adalah kerana Najib yang disebut-sebut calon yang paling sesuai bukanlah gandingan yang baik kerana isterinya (Najib) dikatakan menjadi musuh ketat regunya sendiri, iaitu Puan Seri Hindun.
Saya menjangkakan pilihan raya umum negara terpaksa dilakukan dalam bulan Disember 2003 kerana mencukupkan 60 hari syarat termaktub apabila Parlimen dibubarkan. Beberapa minggu lalu ada rumos mengatakan PM itu akan membubarkan Parlimen dalam majlis ulangtahun penggabungan parti komponen dalam Be End ke 50.
Jika ini benar (pilihanraya pada bulan Disember 2003), maka sebaik-baik jalan ialah Dr. Mahathir membubarkan Parlimen pada 31 Oktober dan kemudian melepaskan jawatannya sebagai PM yang memang sudah tidak layak kepada Pak Lah Badawi, kecuali memangkunya sebagai Perdana Menteri bagi tempoh 60 hari sahaja.
Presiden UMno dan Pengerusi BN masih Dr. Mahathir. Apakah benar pak Lah Badawi akan diminta menandingi kekuatan DS Dr Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh?? Jika ini berlaku saya meramalkan masa depan politik Pak Lah Badawi akan terkubur, sebagai mana pemergian Anuar Musa dan Mustapha Mohamad. Atau sebagaimana nasib Megat Junid? Siapa tahu bagaimana bijaknya Dr. Mahathir membuat percaturan.
Sebenarnya tidak susah mahu menjangkakan atau mahu menelah cara Mahathir berfikir. Beliau hanya menggunakan lojik akal, kerana menafikan hak wanita terbela dalam hudud Islam, yang mensyaratkan 4 saksi berwibawa (mengikut hukum syarak) bererti Islam menafikan hak wanita yang menjadi mangsa rogol. Demikian hujah Mahathir. Ini adalah cara akal berfikir.
Seorang pemikir Islam yang krtitis bukan berhujah mengenai perkara yang diarahkan oleh agamaNya melaksanakan sesuatu peraturan. Islam mengajar kita 'samiq na wa ataq na' yakni 'dengar dan patuh'. Jika bijak berhujah mengenai hudud yang mensyaratkan 4 saksi berwibawa sebagaimana hukum syarak, bererti bukan sahaja Mahathir mempertikaikan hukum hudud tetapi memperlekehkan Penciptanya iaitu Allah s.w.t.
Pemikir Islam yang kritis sebagaimana sifat ada pada Tuan Guru YAB Menteri Besar Kelantan dan TG YAB Menteri Besar Terengganu. Pemikir Islam yang kritis hendaklah sentiasa berusaha mencari hikmah apabila terkeluar arahan dari Allah s.w.t agar sesuatu peraturan dan hukum itu dilaksanakan.
Jangan memperlekehkan kewibawaan sekolah agama rakyat dengan mengatakan bahawa matapelajaran agama sahaja tidak akan membawa manusia semaju hari ini. Sudah menjadi bukti kepada manusia yang mahu berfikir bahawa kerana meninggalkan peranan agama dalam apa sahaja bidang kehidupan pelbagai masalah dan polemik sosial tercetus dari ledakan kemajuan yang bersifat kosong dan gah maju.
Apa jadi dengan 27 buah sekolah (bukan agama) yang dilanda masalah kritikal?? 3 daripadanya adalah serius dalam masalah gensterisme. 14 lagi dengan masalah disiplin dan selebihnya berbagai lagi masalah yang tidak mudah diselesaikan. Gunakalah lojik akal jika kritis sangat untuk menyelesaikan masalah ini.
Ingat!! Pemikir Islam kritis bukan pandai berhujah tentang kelemahan sesuatu atau kelebihan sesuatu. Seorang pemikir Islam yang kritis sentiasa berusaha mencari sejuta hikmah di sebalik setiap arahan Allah yang terkandung dalam 6,666 ayat yang seharusnya dikupas dan diperbincangkan agar manusia tahu bahawa tiada satu masalah di dunia ini tidak mampu diselesaikan oleh Al-Quran.
Takbir!!!
Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
30 September 2003