Byla Beauty House Byla Beauty House - Malaysia galeri solekan, andaman pengantin, galeri pakaian, galeri solekan
 
   Halaman Utama | Perkhidmatan | Galeri Solekan | Galeri Foto | Hubungi Kami |  

Sekapur Sirih Seulas Pinang
Meraikan Majlis Raja Sehari
Wajah Manis Tak Jemu Memandang
Mempelai Bersanding Bak Bidadari

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dalam diam tak diam, Byla Beauty House telah melangkah usia menghampiri 4 tahun dalam industri kecantikan dan andaman.

Byla Beauty House telah ditubuhkan pada awal tahun 2003 dan beroperasi di pusat bandar Alor Gajah, Melaka. Ianya diusahakan oleh seorang bekas guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari sebuah universiti tempatan. Sehingga kini, Byla Beauty House telah mempunyai 4 orang kakitangan yang berpengalaman dalam bidang kecantikan dan andaman.

Pakar kecantikan Byla menggunakan sentuhan produk berkualiti seperti Kryolan dan Mac. Selain daripada itu, Byla juga menawarkan rekabentuk pakaian pengantin terkini dengan harga yang berpatutan.

Misi Byla hanya satu, ingin memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggan kami supaya setiap pengantin kami dapat merealisasikan hari bersejarah mereka dan memperolehi kenangan yang paling indah dalam hidup mereka. Kerana kami tahu, setiap perkahwinan yang sempurna lahir dari segala perancangan yang teliti.

Selamat Menempuh Alam Baru.

Menu Utama


     © Copyright 2006 Byla Beauty House. All rights reserved. 

Search Engine Optimization and Free Submission

Designed by
zullz@time.net.my